Monday 3 February 2014

Selepas detik 12 malam


       
 

                 Okay aku bukan pandai sangat nak berblogging nie tapi try jealah. Kehidupan aku sebelum ini aman dan bahagia. Aku sering mengikut jadual tidur yang telah dibuat oleh aku sendiri tetapi aku terasa sunyi berada di rumah pada waktu malam. Kejadian ini berlaku semasa pertengahan bulan semasa peperiksaan SPM aku. Seriously aku bosan pada waktu itu, so aku mengambil keputusan untuk call member baik aku, Anaqi. ((gang)) so dia pon datang dengan kereta. Aku sebenarnya didalam ketakutan seriously tak penah kluar malam lepas pukul 12 malam but kalau tak cuba mane nak tau kan! Hahaha lol. Then aku pun nampaklah proton saga, and itulah hint nak keluar rumah. Siap sweater, wallet and phone. Complete! Keluar jealah aku kat pagar macam biasa. Baik pulak pagar mase tu tak berbunyi pon, maybe sebab nak pergi blaja addmath kott mase tu. Aku masuk kat dalam kereta and Anaqi cakap Joshua nak ikut skali tapi macam babun jea tunggu die, dekat satu jam kitorg tunggu dia alasan baru nak mandi. Pukul 2pagi ade ke org mandi? Nak kene peparu berair ke ape? Selekeh yang amat! Satu jam sudah berlalu, baru kelihatan si Joshua keluar rumah. Boleh lagi pesan tu kalau kantoi dengan mak aku kau backup tau! Kene speaking siket! Maklumlah orang putih kan~~




               So kitorg pon gerak lah. Pergi KL, dalam perjalanan semua takut bukan sebab ape just takut x bawak duit. Aku ade 50 ringgit tapi cakap ade 5 ringgit jea. Yang Joshua ade 5ringgit, Anaqi pulak satu sen pun xde, ape lagi kitorg paksa lah dia kluar duit kat bank! hahaha kejam~  Finally, dia keluarkan at least 10 ringgit jadilah. Kitorg travel terus pegi KL, yang joshua nie mengedik nak pegi sinilah situlah haish! "Pergi jealah kat Al-rawsha tu" lepak sane, shisha pon ade sejuk pulak tu" kata Anaqi kepada kami. Arrived at Al-rawsha. Masuk ea kat restoran tu, ade pekerje situ sambut, bapaklah macam member 10 tahun kenal ngan kitorg. Worker tu macam kenal jea Anaqi, aku try tanye sape tu aqi? Dialah ibrahim. Ouuuuuuhh~~ ((kesah pulak)) Start sume buku kluar, testpad and other things that I can't remember. Blaja punye blaja tak perasan masa dah berlalu sangat cepat. Tengok jam dah pukul 4.30, kelang kabut kau kemas barang sume. Bayar tu nie then gerak. Seriously macam CB si Anaqi bawak kereta. Kat jalan yang ade selekoh kecil ade ke patut die bawak 120km/h dah senget senget kereta tu dah. Aku dah mengucap siap siap, joshua suruh laju lagi. Jari, tangan, badan aku dah sejuk sejuk semua. Sampai jea kat plaza tol die perlahan kan kereta, tu pon hampir langgar tembok. Hahaha klaka klaka jea dorang nie. Nmpak pulak polis kat tepi lagi slow lah dia bawak XD terkejut pulak bile nmpak polis. So dah sampai rumah, Joshua punye bijak pegi main hon kat depan umah aku, selamat x kantoi. Hahaha the end.

Tuesday 17 December 2013

#FREEDOM



       Harinie merupekan hari yang bersejarah untuk aku. Selepas sekian lame menanti, akhirnye selesai jugak urusan aku nie. Ingatkan bende nie takkan pernah datang, tapi aku dah silap. Setiap manusia akan merasai bende nie. Perkare yang aku cakap nie ialah SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM). bak kate penceramah yang bagi ceramah chemistry haritu , die kate (SPM) nie maksud die sijil paling mudah. Tapi aku rase penceramah tu short kot. Boleh ke die suruh bawak pen merah, tande paper sendiri. Pastu die kate
"kau tak percaye? Tanye mak kau ! Bapak takde mase depannye. Btw, biar lah die. yang penting niat kite nak buat spm tu. Hoho, takut saye bile cikgu Kharyani bagi angka giliran ngan kelas. Takut pun ! adeh~ Lepas selesai, cikgu benarkan kiteorang pulang ke umah & esok tu cuti. Dalam hati aku bapak x nak berdebar pulak kan sebab sebelum nie , setiap kali exam mesti aku duduk sebelah nizam & joshua, tapi kali nie, tempat bapak center ke tengah nye. 
        

Keesokan harinye,

         
          Harinie cuti sebab itu adat sebelum masuk SPM. Kat umah sape jea yang nak blaja kan, so aku decided nak tidor jea harinie. Tak sedar la pulak aku tido sampai petang. Bebangun jea ayah dah balik keje. Hahaha, gelabah kau kejap. Ayah tanye "kau blaja x tadi ?" aku cakap la dah. (padahal belom). Dalam hati aku tu tipu sunat. Hahaha. Haish rase bersalah pun ade mase tu. Malam harinye aku memang x boley tido. Aku bukak lampu, and pegi study kejap sambil baringkat atas katil. Blaja punye blaja, aku x perasan jam dah pukul 1.30 pagi. kelang kabut pegi tido. Mase tido tu boley pulak termimpi Cikgu Nuraini Suliman. Aku mintak maaf dekat die sampai menangis pulak. Nak buat macam mane  semalam die dah mintak maaf kat aku gune kertas. Die kate x nak jumpe aku, kalau die jumpe mesti die mebebel punye. Okaylah die dah mintak maaf, tapi hati aku berat untuk mintak maaf pula kepada die. Rase bersalah tu ade sampai harinie pulak! Tapi aku tau Cikgu Nuraini baik orang yang. Segarang-garang die, die tetap cikgu aku. Saye sayang cikgu aini sangat sangat tau !



Hari pertama SPM,


     
    Hati terase berdebar, bulu roma menegak, lutut mengeletar, rase nak muntah pun ade dekat kepale aku. Aku memang x boley bayangkan yang aku nie dah besar, sampai nak ambil SPM dah. Aku rase baru jea semalam habis buat PMR, tapi realitinye mase telah lame meninggalkan kite ke blakang. Semua orang boley berkata yang die boley buat SPM nie dengan baik, tetapi bagaimane kalau sebaliknya? Pernah x kite terikir pasal semua itu? "BD089, boley naik ke bilik peperiksaan sekarang" kate Cikgu Kharyani. Wah gile bapak lah aku SPM ! Okay Hazziq, chillax and sabar! ingat pesan Atikah(dalam hati)*Atikah merupakan kawan baik Hazziq yang paling rapat. Letakkan IC. dan slip kemasukan peperiksaan anda disebelah kanan meja anda, kate pengawas peperiksaan yang bertugas. Kertas soalan diedarkan. Aku mula membaca surah ALLAMNASRAH untuk menenangkan hati. Aku mengambil pen biru untuk menjawab soalan itu. Kepala terasa ringan kerana soalan yang diberikan merupakan salah satu soalan spot yang aku buat. Terasa macam dipermudahkan sahaja. 



Hari berikut sama seperti sebelumnye sehinggalah hari terakhir SPM.


     28/11/2013, merupakan paper Geografi *subjek favourite Hazziq. Aku memang suke subjek ini sebab Cikgu Anin yang ajar, so aku senang blaja bile dengan cikgu anin. Pade awal pagi dalam pukul 8 macam tu aku siap sedia nak pegi skolah sebab ade last minutes kelas tambahan, so aku bangun pagi dalam 7.30 macam tulah. yang paling pokatnye, mama lah ade ke kate pegi merendek pegi MINES lah tu. Tapi kesah pulak, nalutri mak selalunye betolkan . Hahaha. Lepas tu ayah hantar aku pegi skolah. Die tengok kat dalam skolah sorang pun x de. Aku turun dari motor, salam and teruskan perjalanan ke pintu pagar skolah. Aku ternampak Syuhada & Mushi kat kantin. Gerak lah sane. Aku pergi kat dorang and start blaja Geografi. Pukul 8 telah berlalu , x nampak pun kelibat cikgu Anin. Syuhada try untuk menghubungi cikgu & dia berjaya. Cikgu memberitahu yang beliau tersekat dalam kesesakan lalu lintas di Kajang. So cikgu akan lewat sedikit. Cikgu ade janji kalau dia lewat, die akan belanja nasi lemak untuk pelajarnya. Untunglah kite orang sebab dapat makanan free :3 Kelas start pukul 10.30 macam tulah. Aku bukan blaja pun tapi berborak untuk release tension lah kononnye. Hahaha. Aku ngan member duduk kat table lain untuk berbincang tentang aktiviti malam hari selepas habis SPM. Bincang punye bincang sampai lagi lima minit nak masuk dewan peperiksaan. Tawakal jealah sebab tadi berborak. Nak buat ape lagi, dah lima tahun start dari form 1 lagi aku belajar Geografi, takkan tak boleh jawab kott. 



Selepas tamat kertas SPM yang terakhir,
     

     Aku orang pertama yang bangun dari kerusi dan akulah orang pertame yang kene sound sebab tak ikut peraturan peperiksaan. Sepatutnye tunggu sampai pengawas tu habis kutip kertas, barulah bangun. Nie aku selambe jea. Okay, sekarang kertas dah selesai dikutip dan kami semua bergembira kerana terharu selapas perkara yang paling ditakuti telah berjaya diharungi dengan jayanya. Hahaha, kau gelak ape?? Keluar jea bilik peperiksaan tu, aku melompat-lompat sambil menjerit-jerit dihadapan semua kelas. Dah macam orang giler dah aku rase. Dah selesai semua tu, aku turun ke bawah dan berjumpa dengan cikgu yang bertugas menjaga beg kami. Gembira sampai tak ingat dunia, samapi mama aku datang pun tak perasan. Aku balik dengan perasaan yang happy lagi macam nak mampus ! Huhu, bubye :*




This is my beloved friends :*



Monday 18 July 2011

pernahkah anda jatuh di tangga??

Pade petang hari khamis yang lalu,
saye ke sekolah untuk belajar ,
selepas belajar,
saye pergi perjumpaan SPBT.
semasa mengangkat buku teks kawan saye yang terbaik telah jatuh di tangga..
anda semua mahu lihat rupenye tak???
saye  tunjukkan...

inilah orangnye!!!

kak syida jangan marah ini blog je!!!
die jatuh tangga mase nak bukak pintu
untuk aku ngan syafiq.
muke die pucat macam org manpak hantu.














Monday 11 July 2011

about me!!

Bermulanye al-kisah
saye di lahirkan di sebuah hospital yg di beri nama PPUM,
saye di beri name MUHAMMAD HAZZIQ BIN ZULKERNAIN,
tempat pertama saye menuntut ilmu pengetahuan di TASKI ABIM ,
jikalau anda ke puchong anda akan jumpa la skolah saye nie!!
kalau x jumpa ,
xlama lagi la tu!!!
jangan marah hee!
selepas umur saye mencecah 7 tahun saye bersekolah di sekolah kebangsaan seksyen 1 bandar kinrara ,
saye ke kelas yang hujong sekali iaitu kelas 1 delima
saye mendapat ramai kawan yang terbaik.
diantara mereka ialah qisha, sabrina,sarah fauzi dan ramai lagi.
saye dapat guru guru yang baik kecuali cikgu rizwan
die garang nak mampus
cuak aku.
selepas itu aku melanjutkan pembelajaran ke darjah 4.


sewaktu di darjah empat aku berpindah ke taman cheras jaya 
aku rasa kat sini lagi best.
korang cam ne lak CJ best tak??


sewaktu aku didarjah empat aku ingatkan 
aku yang paling besar tengok aku yang paling kecik.
rase macam nak nangis je.
aku mendapat kelas nombor 3,
boleh la ,rase macam pandai sikit.
aku berkenalan dengan zahid, aqil farhan, acap  mus dan ramai lagi kawan yang baik.


aku melanjutkan belajar sampai mendapat ijazah(kecik),
UPSR la!!


MASUK SEKOLAH MENENGAH.
aku ke kelas 1 dedikasi,
ramai budak2 yang aku tak kenal masuk kelas aku.
mule2 aku kenal dengan iman ,aiman ,zulhaikal ,wahida,syuhada,nadia dan ramai lagi.


tetapi sampai skunk aku x besar 2 lagi,
pelik aku macam mana boleh berlaku.


sekarang aku dah form 3 ade periksa lagi besar,
aku dalam hati dah goy dah ,
tapi member aku kat skolah wat bodoh jea


masanye tinggal 84 hari lagi,
cuak sial!!
makin lame ,makin berdebar-debar jantung ni,
rasa hampir mau gugur lak.
(K) lah sampai sini yang aku ingat
wassalam!!


:)